SEMAKAN STATUS PERMOHONAN I-CITRA
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru sahaja memberitahu perkara berkaitan permohonan I-Citra melalui laman web rasmi.
Seperti yang sedia maklum, i- Citra sudah dibuka bermula 12 Julai lalu. Pemohon kini hanya perlu menunggu kelulusan permohonan mereka.
Semakan I-Citra sudah boleh dilakukan. Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh KWSP, pemohon dapat menyemak melalui portal rasmi i-Citra.
Namun, kini, status yang ditunjukkan hanyalah 'Permohonan Telah Diterima' .
CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Berikut merupakan panduan untuk membuat semakan :
1. Layari portal rasmi i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/check-status
2. Masukkan nombor Kad Pengenalan atau Pasport
3. Masukkan nombor telefon bimbit yang telah anda daftarkan
4. Klik 'Saya bukan Robot'
5. Klik ' Semak Status'
6. Status anda akan dipaparkan.