Adalah dimaklumkan bahawa Agensi Pengurusan Bencana Negara atau dikenali sebagai NADMA melanjutkan lagi Bantuan Khas Covid 19.
Agensi ini adalah merupakan agensi pengurusan kecemasaan kerajaan Malaysia. Ia berfungsi sebagai penyelaras kepada agensi kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan bencana.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS COVID 19
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan:
Pemohon merupakan seorang warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana
1. Menerima perintah kuarantin Covid-19 dari Kementerian Kesihatan di Bawah Syeksyen 15 (1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 198 (Akta 342)
Atau
2. Menjalani rawatan covid 19 di wad hospital (Discharge Note/ Medical Certificate)
CIRI PEMOHON YANG TIDAK LAYAK
1. Bukan warganegara Malaysia
2. Tidak bekerja di Malaysia atau tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian
3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/menjalani rawatan di wad hospital ekoran Covid-19.
JUMLAH BANTUAN
Berikut adalah kadar bantuan yang akan diberikan:
- RM100 sehari sehingga maksimum 14 hari
- Bayaran dibuat secara one-off
CARA MEMOHON
1) Anda perlu menyediakan dokumen berikut :
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Surat Perintah Kuarantin COVID-19 atau DISCHARGE NOTE / MEDICAL CERTIFICATE
- Salinan muka depan penyata bank atau buku akaun bank yang masih aktif
2) Anda perlu memuat turun dan lengkapkan dokumen berikut:
Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A)
Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
Pautan:
3) Hantar permohonan lengkap kepada
a) Whatsapp 011-1321 8056 ( hanya untuk penghantaran dokumen sahaja, pertanyaan tidak akan dibenarkan)
atau
b) email ke bkcovid19@nadma.gov.my
atau
c) pos ke alamat
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
(u.p. : Sekretariat KWABBN : Bantuan Kahs Covid-19)
CARA BAYARAN
Bayaran dibuat secara Electronic Fund Transfer kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.
Untuk maklumat lanjut layari