Bayaran I-Sinar bagi Bulan September diawalkan kepada 26 Ogos? Ini Anda Perlu Tahu!

ADMIN PIAN
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih dikenali sebagai KWSP baru sahaja mengumumkan bahawa pembayaran I-Sinar bulan September akan diawalkan. Kenyataan ini dimuat naik melalui laman web Facebook rasmi mereka.

PEMBAYARAN BERMULA PADA 26 OGOS
Berdasarkan informasi yang diterima daripada facebook rasmi KWSP, pembayaran akan dibuat bermula 26 Ogos. 

Pengkreditan amaun ke akaun ahli akan mengambil masa 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur.

JADUAL PEMBAYARAN I-SINAR OGOS
Pembayaran Ogos hanya akan dilakukan sehari sahaja. Walau bagaimanapun, pembayaran dilakukan secara berperingkat. Hal ini berbeza dengan pembayaran yang sebelumnya dimana ia dilakukan secara berperingkat selama 10 hari.

Oleh yang demikian, penerima i-Sinar tidak akan perlu menunggu lama untuk menerima bayaran mereka.

Ad Code

Ad Space