Lapan Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Di Sarawak

ADMIN PIAN

LAPAN KLUSTER BAHARU DIKESAN DI SARAWAK


Terdapat lapan lagi kluster baharu yang COVID-19 yang dikesan di Sarawak. Enam daripadanya melibatkan kluster komuniti manakala dua lagi kluster tempat kerja.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak atau JPBNS dalam kenyataan berkata bahawa enam kluster komuniti ialah Kluster Jero Gelasah, Subis, Kluster Nanga Bengap, Lubik Antu, Kluster Mundai, Serian Kluster Mapu, Tebedu, Kluster Duras, Serian dan kluster Nanga Dap, Kanowit.

"Kluster Jero Gelasah dikesan di sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan iaitu PKPD di Subis. Difahamkan terdapat 72 orang disaring dan hasil ujian menunjukkan 15 orang positif dan 57 lagi masih menunggu keputusan.

"Kluster Ladang 0004 Kuala Baram trlah dikesan di sebuah ladang kelapa sawit yang juga merupakan kawasan di bawah PKPD di Miri. 178 orang telah disaring, 31 daripadanya disahkan positif.

Kluster seterusnya adalah Kluster Nanga Bengap yang dikesan juga daripada sebuah rumah panjang di Lubok Antu. 186 telah disaring dan 42 orang telah disahkan positif.

Kluster Mundai pula mempunyai 66 orang positif apabila 133 orang disaring.

Kluster Mapu pula difahamkan dikesan melibatkan penduduk di beberapa buah kampung iaitu Kampung Mapu Kijabu, Kampung Mapu Tantu, Kampung Sadong dan Kampung Mapu Tragu di Tebedu. Terdapat 43 orang disahkan positif di kawasan tersebut.

Kluster Duras pula dikesan di Kampung Duras di mana 60 orang dipercayai positif setelah 82 orang disaring.

Rumah panjang di Kanowit juga merupakan kawasan Kluster Nanga Dap. 29 positif dan 36 negatif setelah 65 orang disaring.

Setakat ini, terdapat 126 kluster yang aktif dengan 25 kluster telah merekodkan 269 penambahan kes baharu.



Ad Code

Ad Space