Cara Memohon Bantuan Kanak-Kanak

ADMIN PIAN

BANTUAN KANAK-KANAK

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) merupakan antara bantuan yang telah bermula pada awal tahun ini.

Berikut merupakan perbandingan bantuan lama dan baru.

Jumlah bantuan lama :
• Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM100
• Maksimum sebanyak RM450 jika anak melebihi 4 orang

Jumlah bantuan baharu 
• Kanak-Kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan untuk seorang.
• Kanak- Kanak yang berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 sebulan untuk seorang.
Maksimum untuk sebuah keluarga adalah RM1000.


SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan bantuan ini :
• Warganegara Malaysia
• Menetap di Malaysia
• Keluarga atau penjaga berpendapatan     tidak lebih daripada Pendapatan Garis      Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah atau PGK Purata Miskin Per Kapita.
• Kanak - kanak berumur 18 tahun ke bawah

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

~Langkah 1 ( Atas Talian )
• Layari laman web rasmi JKM http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
• Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian
Sila baca dan fahami notis dan butiran yang perlu anda isi.
• Anda akan perlu isi dua bahagian iaitu Bahagian A dan B.
• Setelah anda mengisi kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap dan tepat, klik butang Keputusan.

~Langkah 2 (PEJABAT JKM)
• Setelah berjaya langkah 1, anda perlu hadir ke pejabat JKM mengikut kawasan yang anda mohon secara atas talian.
• Anda hendaklah hadir sekurang-kurangnya 14 hari dari permohonan atas talian dilakukan.
• Anda juga perlu hadir dengan borang permohonan di bawah :


Jangan lupa untuk membawa dokumen penting seperti :
• Salinan MyKad pemohon
• Salinan MyKad anak jagaan
• Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika anda bekerja sendiri
• Salah satu bil utiliti seperti bil air, elektrik mahupun astro.

Ad Code

Ad Space