Ini merupakan pengumuman penting bagi para penerima BKC. Kini, anda boleh membuat kemaskini akaun bank anda bagi yang berstatus gagal kredit dan tiada maklumat akaun bank untuk memudahkan proses pembayaran pada fasa seterusnya.
Hal ini telah disuarakan melalui laman sosial Facebook LHDN.
TARIKH KEMASKINI
Pengemaskinian akaun telah bermula dari 7 Oktober 2021 dan berlangsung sehingga 21 Oktober 2021.
SIAPA SAHAJA PERLU MENGEMASKINI?
Berikut adalah golongan yang perlu kemaskini maklumat BKC :
~ Status Gagal Kredit
~ Tiada Maklumat Akaun Bank
SEMAKAN STATUS
Berikut adalah cara membuat semakan status BKC :
2. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.
3. Rujuk bahagian menu semakan untuk melihat status pembayaran anda.
CARA KEMASKINI AKAUN BANK BKC
Berikut merupakan cara mengemaskini akaun bank. Pengemaskinian boleh dilakukan secara online ataupun manual.
1. Buka laman web BKC di https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx
2. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
3. Telan butang Kemaskini Maklumat Akaun Bank untuk pengemaskinian.