Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 3 adalah merupakan fasa yang terakhir yang diperkatakan semasa Belanjawan 2021.
Sebelum ini, BPR Fasa 1 dan 2 serta BPR tambahan telah dilaksanakan dan dibayar kepada penerima.
BANTUAN PRIHATIN RAKYAT
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) merupakan inisiatif kerajaan yang menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH)
Seperti yang telah dijadualkan, BPR Fasa 3 ini akan dibayar setelah bayaran pertama BKC. Bayaran BKC bermula 6 September ini dan dijangkakan akan selesai pada 10 September.
Oleh yang demikian, dijangkakan bahawa pembayaran BPR Fasa 3 bermula September ini.
JUMLAH BAYARAN
Berikut merupakan jumlah bayaran yang akan diberikan kepada penerima
1. Pendapatan Isi Rumah kurang daripada RM2500
- 0 hingga 1 orang anak = RM500
- 2 orang anak dan keatas = RM1100
2. Pendapatan Isi Rumah RM2501-RM4000
- 0 hingga 1 orang anak = RM200
- 2 orang anak dan keatas = RM600
3. Pendapatan Isi Rumah RM4001-RM5000
- Pemohon 60 tahun ke atas (0-1 anak) = RM200
- 0 hingga 1 orang anak = RM100
- 2 orang anak dan keatas = RM200
Maklumat Penting
Jadual pembayaran di atas adalah untuk penerima lama BPR. Jika anda adalah penerima rayuan BPR, jumlah yang akan dibayar adalah berbeza.