Ramai yang tertanya-tanya akan tarikh pembayaran BKC. Berikut adalah info mengenai pengkreditan Bantuan Khas Covid-19.
Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh pembayaran BKC akan bermula 6 September 2021. Ianya dijangka akan selesai pada 10 September 2021. Berikut merupakan kenyataan daripada YAB Perdana Menteri.
Berikut pula jumlah bantuan yang akan diberikan.
Pada pembayaran nanti, ini adalah jumlah yang akan diberikan pada fasa 1 :
Kategori Miskin Tegar
- Isi rumah RM500
- Bujang RM200
Kategori B40
- Isi rumah RM500
- Bujang RM200
Kategori M40
- Isi rumah RM250
- Bujang RM100
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Tiada permohonan diperlukan kerana kelayakan akan diambil melalui data berikut.
Miskin Tegar & B40 : Permohonan BPR 2021
M40 : Percukaian (LHDNM)