Table of Content
- Program Subsidi Upah 5.0
- Jumlah Bantuan
- Tarikh Permohonan
- Syarat Kelayakan
- Cara Permohonan
- Dokumen Diperlukan
Terdapat sebuah bantuan yang kembali dilaksanakan pada bulan Januari ini yang bertujuan untuk meringakan beban yang dipikul oleh rakyat yang terjejas akibat kemerosotan ekonomi yang berlaku pada masa ini.
Bantuan berikut merupakan bantuan yang bernilai RM600 sebulan untuk 3 bulan.
PROGRAM SUBSIDI UPAH 5.0
Bantuan tersebut ialah Program Subsidi Upah 5.0 atau PSU 5.0. Untuk pengetahuan anda, program ini merupakan edisi kelima daripada PSU yang pernah dilaksanakan.
Tujuan utama program ini adalah bagi meringakan beban para syarikat atau majikan agar meneruskan operasi syarikat tanpa membuang pekerja sedia ada.
Untuk PSU 5.0 ini, ia menumpu kepada sektor pelancongan.
Difahamkan, terdapat sebanyak RM600 juta peruntukan telah disediakan untuk melaksanakan program ini.
JUMLAH BANTUAN
Berikut merupakan nilai bantuan untuk program ini
• RM600 setiap bulan untuk seorang pekerja
• Bantuan akan diterima selama 3 bulan
Difahamkan bahawa bantuan ini akan memanfaatkan hampir 26,000 orang majikan dan 330,000 pekerja yang layak.
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan bantuan Program Subsidi Upah 5.0 ini bermula
• 1 Januari 2022 sehingga 31 Mac 2022
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat kelayakan bagi membuat permohonan
• Majikan dan Perusahaan daripada sektor pelancongan dan mana-mana yang berkaitan dengannya.
• Kadar penurunan sebanyak tiga puluh peratus atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulan Oktober / November/ Disember 2021 berbanding mana-mana bulan pada tahun 2019/2020/2021
• Hanya syarikat yang menjalankan aktiviti perhotelan, penerbangan, pengurup wang (money changer), pengangkutan dan penyimpanan, penginapan dan aktiviti makanan dan minuman, kesenian, hiburan dan rekreasi dan lain-lain perusahaan yang berkaitan
CARA PERMOHONAN
Semua majikan yang layak dikehendaki mengemukakan permohonan baharu untuk SIP Program Subsidi Upah tanpa mengira sama ada pernah menerima bantuan tersebut sebelum ini.
Permohonan boleh dibuat melalui portal berikut https://psu.perkeso.gov.my/
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut merupakan dokumen yang diperlukan
• Maklumat akaun bank majikan ( salinan muka hadapan sahaja )
• Senarai nama pekerja
• Salinan pendaftaran SSM / ROS / PBT / ROB atau lain-lain pertubuhan yang dibenarkan
• Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank.