Cara Memohon Bantuan Ibu Tunggal RM1200

ADMIN PIAN

Table of Content

Terdapat sebuah laman web yang dinamakan sebagai Wise Sabah telah diwujudkan untuk membantu para ibu tunggal di Sabah.

Pendaftaran ini bertujuan untuk mengumpul data wanita ibu tunggal di Negeri Sabah.

KATEGORI IBU TUNGGAL

Berikut merupakan senarai ibu tunggal yang layak untuk menerima bantuan tersebut.
 Bercerai
 Kematian suami
 Diabaikan tanpa nafkah
 Mempunyai anak / anak angkat berdaftar
 Mempunyai suami yang sakit dan tidak boleh bekerja


DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut merupakan dokumen yang anda perlu sediakan untuk membuat permohonan, dokumen tersebut memerlukan pengesahan status :

1. Bercerai
Sijil Penceraian

2. Kematian Suami
 Sijil Kematian dan Sijil Kahwin / Sijil Kelahiran Anak

3. Diabaikan tanpa nafkah
 Surat pengakuan ibu tunggal yang disahkan oleh Ketua Kampung / Ketua Anak Negeri / Pegawai Daerah

4. Mempunyai anak / anak angkat yang berdaftar
Surat pengakuan ibu tunggal yang disahkan seperti di atas dan sijil lahir anak / surat pengambilan anak angkat

5. Mempunyai suami sakit dan tidak boleh bekerja
 Sijil kahwin dan Surat Pengakuan Keuzuran Suami daripada Hospital Kerajaan.

CARA PERMOHONAN

Berikut merupakan cara pendaftaran yang diberikan :
 Layari laman web rasmi WISE SABAH https://wise.sabah.gov.my/
 Klik pada 'DAFTAR' sekiranya anda pemohon baharu 
 Isi nombor kad pengenalan, nama penuh dan alamat e-mel.
 Klik butang 'DAFTAR'
 Muat naik dokumen yang sudah disahkan seperti yang telah disenaraikan di atas
 Pendaftaran selesai.


Ad Code

Ad Space