Bantuan Rumah Murah Hanya RM124 Sebulan

ADMIN PIAN
Table of Content
Seperti yang anda tahu, Program Perumahan Rakyat atau lebih dikenali sebagai PPR adalah perumahan yang terkenal di negara. Ia merupakan salah satu program kerajaan yang bertujuan menempatkan semula penduduk setinggan dan memenuhi tempat kediaman bagi golongan yang berpendapatan rendah.

KATEGORI PPR

Berikut merupakan kategori-kategori yang ada dalam PPR. Terdapat hanya dua kategori rumah PPR yang disediakan oleh JPN iaitu Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menjadi agensi dalam pelaksanaan projek-projek PPR.

1) PPR DISEWA
Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 oleh kerajaan bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran seperti mereka yang berpendapatan rendah dan setinggan.

Bayaran :
 Kepada mereka yang layak akan membayar RM124 sebulan

2) PPR DIMILIKI
PPR Dimiliki diperkenalkan oleh kerajaan bagi mereka yang berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri tanpa bayaran sewa setiap bulan.

Bayaran : 

Rumah-rumah PPR Dimiliki akan dijual dengan harga berikut :
 RM35,000 seunit di Semenanjung
 RM42,000 seunut Sabah dan Sarawak

Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR akan menggunakan spesifikasi perancangan dan reka bentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangas (CIS2).

CIRI-CIRI RUMAH

Berikut adalah merupakan ciri-ciri untuk rumah PPR yang bakal anda miliki nanti 

• PPR Kawasan bandar besar : Rumah adalah bertingkat antara 5 sehingga 18 tingkat.
 PPR Kawasan pinggir bandar : Rumah teres
 Luas : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
 Binaan : 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur, 2 bilik air
 Kemudahan termasuklah dewan komuniti, surau, gerai makanan, kemudahan OKU, kawasan lapang dan tempat pembuangan sampah

SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah merupakan syarat-syarat kelayakan jika anda ingin membuat permohonan :

 Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
 Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
 Belum memiliki rumah sendiri
 Mengikut syarat-syarat tambahan oleh kerajaan negeri

CARA PERMOHONAN RUMAH PPR

Berikut merupakan cara membuat permohonan : 

1) Daftar Akaun SPRN di pautan https://sprn.kpkt.gov.my/
2) Setelah selesai pendaftaran, log masuk menggunakan butiran yang didaftarkan
3) Pilih skim mengikut kelayakan anda
4) Lengkapkan maklumat pemohon
5) Pilih projek
6) Muat naik dokumen sokongan
7) Buat pengesahan dan hantar permohonan


Ikuti Channel Telegram Kerjaya Terkini sekarang utuk mendapatkan info terkini jawatan kosong dan bantuan di Malaysia. Klik butang di bawah :

Ad Code

Ad Space