Bantuan Tambahan BKM Berjumlah RM500

ADMIN PIAN

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022

Pada Oktober yang lalu, semasa pembentangan Bajet 2022, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diperkenalkan.

Bantuan ini ditubuhkan bagi menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Hal ini disebabkan bertukarnya pemimpin dan jumlah bantuan yang bakal diberikan.

Oleh kerana bantuan ini baharu, alangkah pentingnya untuk mengetahui jumlah bantuan yang akan diterima untuk setiap kategori dan syarat kelayakan anda.

BANTUAN TAMBAHAN BKM

Terdapat bantuan dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Ini bermaksud rakyat yang layak BKM akan menerima bantuan tambahan ini jika layak.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk mereka yang akan menerima BANTUAN TAMBAHAN BKM :

Merupakan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Bantuan Tambahan hanya akan diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:
Penerima kategori isi rumah berstatus Ibu atau Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat atau 
 Penerima kategori isi rumah berstatus warga emas

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan maksimum Bantuan Keluarga Malaysia ialah RM2000.

Berikut merupakan jumlah bantuan tambahan BKM :
 Bantuan tambahan berjumlah RM500 kepada penerima isi rumah berstatus ibu bapa tunggal yang mempunyai anak menepati syarat.
 Bantuan tambahan RM300 kepada penerima isi rumah berstatus warga emas

JUMLAH KESELURUHAN

Jumlah maksimum yang akan diterima oleh setiap isi rumah yang layak ialah RM2500.

TARIKH BANTUAN TAMBAHAN

Setakat ini tiada lagi tarikh rasmi berkenaan dengan pembayaran bantuan tambahan ini. 

Kemungkinan ia akan dibayar bersama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada Mac 2022 kelak.

Terus ikuti kami untuk mendapatkan info dari masa ke masa mengenai bantuan di Malaysia.

Ad Code

Ad Space