Bantuan Sehingga RM4000 Mula Dibayar Hari Ini

ADMIN PIAN

Table of Content

Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pemberian beberapa bantuan akan mula disalurkan 10 Januari ini.

Segala maklumat lanjut akan tertera di bawah.

BANTUAN

Terdapat pelbagai bantuan yang diberikan kepada rakyat setakat ini. Selain daripada bantuan tunai, pihak kerajaan juga memberikan bantuan berbentuk baucar untuk membeli barangan yang diperlukan.

Menurut Perdana Menteri, bantuan ini merupakan bantuan tambahan daripada Bantuan Wang Ihsan (BWI) yang diagihkan sebelum ini.


SIAPA YANG LAYAK MENERIMA 

Berikut merupakan senarai golongan yang layak menerima bantuan tersebut.
Bantuan dan baucar tersebut akan diberikan kepada mangsa banjir dis seluruh negara.

Dengan erti kata lain, mereka yang tidak disahkan terjejas banjir tidak akan layak menerima bantuan ini.

JUMLAH BANTUAN

Bantuan yang diberikan adalah berbentuk wang tunai dan baucar. Jumlah maksimum bantuan dan baucar yang boleh diterima oleh rakyat adalah berjumlah RM4000

Menurut Perdana Menteri, sumbangan berbentuk baucar bernilai RM1,500.

Untuk pengetahuan anda, baucar tersebut dipecahkan kepada dua bahagian iaitu 
Baucar membaiki kenderaan (RM1000)
 Baucar membeli barangan elektrik RM500

Manakala bantuan wang tunai yang akan diberikan ialah RM2500

Pembayaran bantuan ini akan dibuat secara berperingkat di setiap negeri yang terjejas dengan banjir.

CARA PERMOHONAN

Untuk permohonan, anda hanya perlu menerima pengesahan daripada Ketua Komuniti atau Ketua Daerah yang diberi tanggungjawab. Anda tidak perlu mengisi apa-apa borang.


CARA BAYARAN

Pembayaran ini bermula pada 10 Januari 2022. Berikut merupakan cara pembayaran dilakukan.

1) Bantuan diberikan terus ke rumah mangsa atau
2) Mengumpul para penerima
3) Disalurkan ke akaun bank masing-masing





Ad Code

Ad Space