Bantuan RM1000 Baru Sahaja Dibayar Kepada Rakyat

ADMIN PIAN

Table of Content


Seperti yang kita tahu, baru-baru ini, beberapa negeri kita telah dilanda bencana banjir sehingga terdapat banyak rakyat yang terkorban dan kehilangan tempat tinggal.

Tempoh hari, kerajaan telah mengumumkan bahawa mereka akan memberikan bantuan kepada rakyat yang terjejas banjir.

BANTUAN WANG IHSAN

Bantuan tersebut digelar sebagai Bantuan Wang Ihsan (BWI). Pemberian bantuan tersebut kepada setiap isi rumah yang terjejas banjir baru-baru ini.

Selain itu, terdapat juga bantuan RM10,000 kepada waris mangsa yang terkorban akibat bencana tersebut.


JUMLAH BANTUAN

Berikut merupakan jumlah bantuan yang akan diberikan kepada setiap isi rumah yang terjejas banjir :
 Bantuan berjumlah RM1000 kepada setiap isi rumah
 Bayaran dibuat secara one-off
 Bayaran adalah secara berperingkat

Kepada waris mangsa banjir, sebanyak RM10,000 jumlah bantuan akan diberikan. Takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa.

TARIKH BAYARAN

Bantuan Wng Ihsan ini sudah disalurkan pada 27 December 2021.

Menurut Perdana Menteri, usaha untuk mengenal pasti mangsa yang tidak berdaftar sedang giaat dijalankan oleh PKOB dan ICU.

Sebanyak 34 Juta sudah disalurkan kepada 34,000 ketua isi rumah yang terjejas banjir setakat 27 Disember 2021.

CARA BAYARAN

Terdapat pelbagai cara bayaran untuk Bantuan Wang Ihsan :

1. Pembayaran secara serahan tunai di Pusat Kawalan Operasi Bencana(PKOB).
2. Serahan wang tunai dari rumah ke rumah
3. Pemindahan tunai atas talian (EFT)

CARA PERMOHONAN

Untuk permohonan, anda hanya perlu menerima pengesahan daripada Ketua Komuniti atau Ketua Pegawai Daerah yang diberi tanggungjawab.

Ad Code

Ad Space