Insentif RM600-RM800 Sebulan Untuk 6 Bulan

ADMIN PIAN

Table Of Content

SIP GIG PERKESO

SIP Gig adalah suatu insentif kewangan berjumlah RM600 sehingga RM800 sebulan dalam tempoh maksimum 6 bulan bagi pekerja gig yang baharu di bawah Bajet 2022.

Matlamat insentif ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada individu yang menganggur atau tidak bekerja melaksanakan pekerjaan secara jangka masa pendek. Selain itu juga, ia menggalakkan individu menganggur untuk mengambil peluang merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui platform digital.


SYARAT KELAYAKAN

 Individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji (minimum sebulan) atau diberhentikan kerja
Individu/Graduan yang menganggur melebihi 60 hari.
 Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain-lain.
 Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.
Berumur antara 18-60 tahun pada tahun 2022
 Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan PERKESO.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Program SIP Gig dibuka mulai 17 Januari 2022 melalui aplikasi PERKESO Prihatin atau melalui pautan 

CARA MEMOHON

Berikut merupakan cara permohonan.

1. Muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di Apple App Store atau Google Playstore atau layari matrix.perkeso.gov.my

2. Layari platform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahaja 

3. Buat permohonan di Aplikasi PERKESO atau menerusi laman web.

4. Sekiranya permohonan anda diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif.

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan :


MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.perkeso.gov.my atau www.myfuturejobs.gov.my



Ad Code

Ad Space