Table of Content
Seperti yang ada dapat perhatikan di media sosial, ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh pembayaran pertama BKM 2022 ini akan dibuat.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM merupakan satu bantuan baharu yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Bantuan ini ditubuhkan bertujuan meringankan beban rakyat Malaysia yang terjejas. Untuk pengetahuan anda jumlah bantuan dan syarat kelayakan berbeza dengan BPR 2021 yang lepas.
Tarikh kemaskini untuk bantuan ini telah bermula sejak 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022. Anda boleh memohon dan mengemaskini sama secara online ataupun secara manual.
Rujuk sini jika ingin membuat kemaskini secara online 👇
Permohonan dan Semakan BKM2022
Rujuk sini jika ingin tahu waktu pembukaan kaunter LHDN agar boleh mengemaskini secara manual terus di kaunter 👇
TARIKH BAYARAN
Berdasarkan jadual di bawah, pembayaran BKM akan dilaksanakan sebanyak 4 fasa.
Pembayaran fasa pertama BKM akan bermula Mac dan belum ada tarikh rasmi pembayaran tersebut.
Untuk Fasa kedua pula akan bermula pada
• Jun 2022
Untuk Fasa ketiga pula akan bermula pada
• September 2022
Untuk Fasa keempat akan bermula pada
• Disember 2022
Tarikh rasmi akan kami kemas kini dari semasa ke semasa. Terus ikuti kami agar tidak terlepas info-info yang penting.
KAEDAH PEMBAYARAN
Kaedah pembayaran untuk Bantuan Keluarga Malaysia ini adalah sama sahaja seperti pembayaran BPR dan BKC iaitu
• kredit ke akaun bank terkini yang ada dalam pangkalan data untuk yang berjaya kredit
• untuk yang gagal kredit, tuntutan tunai boleh dibuat melalui cawangan BSN terdekat.