Tarikh Bayaran Bantuan JKM Bulan Januari

ADMIN PIAN

Table of Content

Jabatan Kebajikan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai JKM ditubuhkan oleh kerajaan bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.

Terdapat pelbagai bantuan yang disalurkan oleh pihak JKM kepada masyarakat yang berkeperluan dan layak menerima bantuan.

Bantuan ini merangkumi bantuan untuk kanak-kanak, orang tua dan Orang Kurang Upaya (OKU).


TARIKH PEMBAYARAN

Untuk pengetahuan anda, pembayaran ntuk bulan Disember yang lalu, bayaran sudah dikreditkan. Namun kini, penerima tertanya-tanya bilakah pembayaran Bulan Januari akan dilakukan.

Sedia maklum, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat telah mengeluarkan tarikh rasmi berkenaan tarikh bayaran JKM bulan Januari.

Pembayaran bagi bulanan JKM bulan Januari 2022 bermula 1 hingga 10 Januari 2022.

JUMLAH BANTUAN

Pembayaran bantuan adalah bermula daripada RM150 sehingga RM1000 mengikut bantuan yang anda terima.

Sebagai contoh, penerima Bantuan Orang Tua akan menerima RM500 manakala bantuan maksimum RM1000 kanak-kanak untuk satu keluarga.

SENARAI BANTUAN JKM

Berikut merupakan senarai bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
 Bantuan Kanak Kanak
 Elaun Pekerja Cacat
 Bantuan OKU Tidak Berupaya Kerja
 Bantuan Penjagaan OKU Terlantar
Bantuan Orang Tua 
 Bantuan Am Persekutuan
 Bantuan Am Pelihara
 Bantuan Latihan Perantis
 Bantuan Geran Pelancaran
 Bantuan Alat Tiruan/ Alat sokongan
 Tabung Bantuan Segera

CARA PERMOHONAN

Terdapat dua cara anda untuk memohon :

1) Mohon Secara Atas Talian
 Layari laman web rasmi JKM
 Klik butang Daftar Permohonan Dalam Talian
 Baca dan fahamkan notis dan butiran yang Perlu diiisi
 Anda perlu kedua-dua bahagian iaitu A dan B
Setelah selesai isi kedua-dua bahagian dengan lengkap, kemudian klik 'Keputusan'.

2) Hadir ke Cawangan JKM
 Pemohon atau wakil perlu hadir ke pejabat JKM mengikut daerah yang anda sudah mohon secara online.
 Hadir sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari daripada permohonan online
 Anda perlu hadir bersama borang permohonan pendaftaran.

Ad Code

Ad Space