Bantuan Taska Disediakan Sebanyak RM100 Sebulan

ADMIN PIAN

Table of Content
Untuk pengetahuan anda, terdapat sebuah bantuan yang disediakan bagi meringankan beban ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Taska.

Bantuan yang dinamakan sebagai Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar Tahun 2022 ini akan membantu dari segi kewangan dengan membayar yuran RM100 setiap bulan.

SYARAT KELAYAKAN

Hendaklah seorang warganegara Malaysia
 Lahir dan menetap di Selangor atau tidak lahir di Selangor tetapi sudag menetap di Selangor selama 5 tahun..
 Pendapatan isi rumah RM5000 dan ke bawah
Ibu bapa bekerja
 Anak berumur empat tahun dan ke bawah
 Terhad kepada dua orang anak sahaja
 Taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia
Ibu bapa pengundi berdaftar di Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia


MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat lanjut, anda boleh terus hubungi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) pada talian di bawah :
• 03-5481-8800

ATAU

layari portal rasmi Yawas di :

Ad Code

Ad Space