Table of Content
Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Awal Persekolahan yang bernilai RM150 berbanding RM100 sebelum ini.
Bantuan ini diwujudkan untuk meringankan beban kos anak yang ditanggung oleh ibu bapa mahupun penjaga.
Melalui bajet 2022 yang berlangsung pada hujung bulan Oktober yang lalu, kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan jumlah bantuan daripada RM100 sebelum ini kepada RM150. Bantuan ini dijangkakan akan memanfaatkan sebanyak 3 juta pelajar yang layak.
SYARAT BANTUAN
Berikut merupakan syarat bantuan yang telah ditetapkan:
• Pelajar merupakan Warganegara Malaysia (mesti membuktikan bahawa dia mempunyai sijil kelahiran / MyKid / MyKad atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pendaftaran Negara Malaysia)
• Pelajar darjah 1 hingga 5 atau setaraf daripada keluarga dengan jumlah pendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah tahun ini. Jumlah pendapatan bulanan ialah pendapatan yang hanya mengambil kira gaji asan dan elaun tetap.
• Bantuan ini diberikan kepada pelajar yang belajar di sekolah kerajaan (SK), sekolah bantuan kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, sekolah agama negeri dan sekolah swasta.
CARA PEMBAYARAN
Bantuan ini akan disalurkan terus oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat kepada Akaun Simpanan Kumpulan Wang Kerajaan Sekolah (KWK) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mempunyai akaun khas untuk sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK.
Pihak sekolah akan memberikan bantuan ini kepada pelajar kemudian mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan.