Cara Tebus Bantuan Kewangan Sebanyak RM400 Secara Atas Talian

ADMIN PIAN
 
Table of Content


Shopee berserta kerjasama Kementerian Tenaga & Sumber Asli (keTSA) telah melancarkan sebuah bantuan atau baucar kepada pengguna Shopee.

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan kan beban rakyat dalam membeli barangan yang terdapat di dalam baucar.

PROGRAM SAVE 3.0

Untuk pengetahuan anda, dahulu juga ada program seperti ini yang dinamakan Program Save 1.0 dan Save 2.0. Ini bermaksud Program Save 3.0 adalah sambungan kepada program-program sebelum ini.

Untuk program Save 3.0 ini, pembelian yang dibenarkan ialah pembelian barang elektrik yang menerima label 4 dan 5 Bintang sahaja yang disahkah melalui Suruhanjaya Tenaga.

OBJEKTIF BAUCAR

Berikut merupakan tujuan baucar ini diberikan kepada mereka yang layak
• Memberi peluang kepada pengguna untuk membeli barangan bertaraf 4 dan 5 bintang melalui shopee.
• Meningkatkan jumlah 4 dan 5 bintang di pasaran.

JUMLAH BANTUAN

Mereka yang layak akan menerima baucar berjumlah
• RM400

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menebus baucar RM400

• Warganegara Malaysia
• Pemilik akaun elektrik domestik berdaftar dengan Tenaga Nasional Berhad, Sabah Electricity Sdn Bhd, Sarawak Energy dan NUR Power sahaja yang layak untuk membuat permohonan
• Baucar holeh ditebus melalui kedai elektrik dan pasar raya yang berdaftar atau tebus secara dalam talian seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.
• Pemerima Save 2.0 tidak layak untuk menerima kategori 1 Save 3.0

KATEGORI BAUCAR

Berikut merupakan kategori baucar untuk program ini

1) Pembelian peti sejuk / Pendingin hawa (RM200)

2) Pembelian TV / Mesin Basuh / Ketuhar / Gelombang Mikro / Periuk Nasi (RM50/RM100/RM200)>

CARA TEBUS BAUCAR

Untuk pengetahuan anda, penebusan baucar boleh dibuat secara fizikal atau pun secara atas talian

1. Tebus secara atas talian
• Cari Save 3.0 di Shopee
• Berbual dengan penjual untuk mendapatkan baucar tersebut
• Sekiranya anda layak, penjual tersebut akan memberikan anda baucar SAVE 3.0
• Selepas daftar keluar, klik pada bahagian Baucar Kedai / Shope Voucher dan masukkan kod baucar yang diberikan.

2. Tebus secara fizikal
Untuk melakukan tebusan secara manual ke kedai elektrik atau pasar raya, anda perlu semak kedai yang terlibat melalui http://www.seda.gov.my/saveprogram/ dan hadir bersama kad pengenalan anda dan bil elektrik.


TEMPOH PELAKSANAAN

Program ini akan dijalankan bermula Januari 2022 hingga Disember 2022

Ad Code

Ad Space