Table of Content
e-Start merupakan suatu Skim Transaksi Tanpa Tunai bertujuan memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.
Melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikreditkan secara sekali atau pun one-off ke dalam akaun e-dompet para belia. Mereka hendaklah berumur daripada 18 hingga 20 tahun dan merupakan pelajar sepenuh masa di IPT.
Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai JKM ditubuhkan oleh kerajaan bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.
Terdapat pelbagai bantuan yang disalurkan oleh pihak JKM kepada masyarakat yang berkeperluan dan layak menerima bantuan.
Bantuan ini merangkumi bantuan untuk kanak-kanak, orang tua dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Awal Persekolahan yang bernilai RM150 berbanding RM100 sebelum ini.
Bantuan ini diwujudkan untuk meringankan beban kos anak yang ditanggung oleh ibu bapa mahupun penjaga.
Melalui bajet 2022 yang berlangsung pada hujung bulan Oktober yang lalu, kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan jumlah bantuan daripada RM100 sebelum ini kepada RM150. Bantuan ini dijangkakan akan memanfaatkan sebanyak 3 juta pelajar yang layak.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM merupakan satu bantuan baharu yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Bantuan ini ditubuhkan bertujuan meringankan beban rakyat Malaysia yang terjejas. Untuk pengetahuan anda jumlah bantuan dan syarat kelayakan berbeza dengan BPR 2021 yang lepas.
SIP GIG PERKESO
SIP Gig adalah suatu insentif kewangan berjumlah RM600 sehingga RM800 sebulan dalam tempoh maksimum 6 bulan bagi pekerja gig yang baharu di bawah Bajet 2022.
Matlamat insentif ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada individu yang menganggur atau tidak bekerja melaksanakan pekerjaan secara jangka masa pendek. Selain itu juga, ia menggalakkan individu menganggur untuk mengambil peluang merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui platform digital.