RASMI : TARIKH BAYARAN BKM UNTUK FASA 1 ADALAH PADA 28 MAC 2022

ADMIN PIAN
 
 

Table of Content

Seperti yang ada dapat perhatikan di media sosial, ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh pembayaran pertama BKM 2022 ini akan dibuat.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM merupakan satu bantuan baharu yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Bantuan ini ditubuhkan bertujuan meringankan beban rakyat Malaysia yang terjejas. Untuk pengetahuan anda jumlah bantuan dan syarat kelayakan berbeza dengan BPR 2021 yang lepas.


Tarikh kemaskini untuk bantuan ini telah bermula sejak 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022. Anda boleh memohon dan mengemaskini sama secara online ataupun secara manual. 

Rujuk sini jika ingin membuat kemaskini secara online 👇
Permohonan dan Semakan BKM2022
Rujuk sini jika ingin tahu waktu pembukaan kaunter LHDN agar boleh mengemaskini secara manual terus di kaunter 👇

TARIKH BAYARAN

Berdasarkan jadual di bawah, pembayaran BKM akan dilaksanakan sebanyak 4 fasa.

Pembayaran fasa pertama BKM akan bermula Mac dan belum ada tarikh rasmi pembayaran tersebut. 

Untuk Fasa kedua pula akan bermula pada
• Jun 2022

Untuk Fasa ketiga pula akan bermula pada
• September 2022

Untuk Fasa keempat akan bermula pada
• Disember 2022

 

 TARIKH BAYARAN RASMI FASA 1

• Tarikh bayaran rasmi untuk fasa 1 ialah 28 Mac 2022. Berikut merupakan Kenyataan rasmi yang dikeluarkan.



KAEDAH PEMBAYARAN 

Kaedah pembayaran untuk Bantuan Keluarga Malaysia ini adalah sama sahaja seperti pembayaran BPR dan BKC iaitu 
• kredit ke akaun bank terkini yang ada dalam pangkalan data untuk yang berjaya kredit
• untuk yang gagal kredit, tuntutan tunai boleh dibuat melalui cawangan BSN terdekat.

Ad Code

Ad Space