Table of content
BANTUAN KEWANGAN RM450
Jabatan Kebajikan Masyarakat ditububkan berlandaskan 5 aspek utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.
Bantuan ini telah diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan termasuklah daripada kanak-kanak dan tak lupa orang tua.
JENIS BANTUAN
Bantuan tersebut dikenali sebagai
• Elaun pekerja Orang Kurang Upaya
Matlamat pemberian insentif ini adalah untuk menggalakkan OKU supaya terus bekerja serta menjadi rakyat yang produktif.
KADAR BANTUAN
Pemberian kadar bantuan adalah seperti berikut :
• RM450 sebulan untuk OKU yang layak
• Pembayaran akan dilaksanakan setiap bulan
SYARAT KELAYAKAN
Di bawah adalah merupakan kelayakan yang diperlukan untuk memenuhi permohonan :
• Warganegara yang tinggal dan bekerja di Malaysia
• Berumur 16 tahun ke atas
• Pemegang kad OKU JKM
• Pendapatan bulanan adalah RM1500 dan ke bawah atau
• mana - mana kes yang boleh dipertimbangkan
Bantuan ini dilaksanakan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 jadual kesembilan Senarai Perundangan.
CARA PERMOHONAN
Pengendalian permohonan bantuan tersebut boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan permohonan, terdapat beberapa dokumen penting seperti
• Salinan Kad pengenalan
• Salinan Kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
• Salinan sijil lahir anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
• Salinan penyata gaji ( jika ada )
• Sebarang dokumen berkaitan
• Anda juga perlu mempunyai borang-borang JKM
Sebarang maklumat lanjut, anda boleh rujuk ke cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan. Untuk pengetahuan anda, bantuan ini dibuka bila-bila masa dan tiada tarikh tutup.