Table of Content
Kerajaan menyedari bahawa mungkin ada rakyat yang layak menerima BKM tetapi masih lagi belum didaftarkan ke dalam pangkalan data kerajaan. Oleh itu, sukacita dimaklumkan bahawa tempoh kerajaan membuka permohonan rayuan BKM Fasa ini.
SYARAT KELAYAKAN RAYUAN BKM
Pemohon yang layak untuk membuat permohonan rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut
• Pemohon yang berstatus tidak lulus BKM atau
• Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja
TARIKH RAYUAN BKM
Tarikh rayuan BKM dibuka selama sebulan
• Rayuan Dalam Talian - 2 Mei hingga 2 Jun 2022
• Rayuan secara manual dengan borang - 9 Mei hingga 2 Jun 2022
CARA PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022
1. RAYUAN ATAS TALIAN
• Anda boleh melayari terus ke Portal Rasmi BKM di bkm.hasil.gov.my
2. RAYUAN SECARA MANUAL
• Sekiranya anda memilih untuk membuat permohonan menggunakan borang rayuan BKM 2022, anda boleh buat penghantaran di cawangan LHDNM/ Pejabat Satelit / Pusat Khidmat Hasil / Pusat Transformasi Bandar yang berhampiran.
TARIKH BAYARAN RAYUAN
Menurut Facebook Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), setelah pangkalan data BKM dikemaskini, pembayaran rayuan BKM kepada pemohon yang lulus akan dibayar pada
• pembayaran BKM fasa ke 3 dan ke 4 yang dijadualkan pada September dan Disember 2022.