Table of Content
Oleh hal yang demikian, terdapat banyak pihak termasuklah kerajaan dan persatuan memperkenalkan pakej bantuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
BANTUAN TAPEM
Salah satunya adalah merupakan sebuah bantuan one-off TAPEM yang berjumlah RM300 sehingga RM400. Secara asasnya, bantuan ini diberikan kepada pelajar universiti atau mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat institusi pengajian tinggi.
KADAR BANTUAN
Jumlah bantuan yang akan diberikan kepada mereka yang layak adalah berbeza berdasarkan jenis peringkat pengajian mereka. Rujuk kadar bantuan di bawah :
1. Peringkat Diploma : RM300
2. Ijazah Sarjana Muda : RM400
3. Ijazah Sarjana (Master) : RM400
4. Ijazah Doktor Falsafah : RM400
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang diperlukan.
• Pemohon / pelajar yang lahir di Melaka
• Ibu bapa pemohon lahir di Melaka
• Bermastautin di Melaka
• Pengundi di Melaka
• Diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi
• Permohonan perlu dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh pendaftaran di IPT
• Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa tidal lahir di Melaka sekiranya merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform telah berkhidmat dan telah bermastautin lebih 10 tahun di Melaka serta disahkan oleh majikan dan pegawai kerajaan Gred 41 ke atas / Pengerusi JAPERUN / Penghulu / Sidang
• Pemohon yang ibu bapanya bukan Warganegara Malaysia tetapi tidak layak dipertimbangkan
• Permohonan yang tidak lengkap dan tidak cukup syarat turut tidak dipertimbangkan
CARA MOHON BANTUAN
Kepada mereka yang berkelayakan, anda boleh membuat permohonan di portal rasmi e-TAPEM
Sejurus sahaja anda klik pautan tersebut, sila rujuk ke bahagian senarai IPT layak mohon untuk mencari IPT anda. Anda layak untuk memohon sekiranya IPT anda terpapar.
Seterusnya, klik pada bahagian pendaftaran dan seterusnya Daftar Permohonan.