Table of Content
PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0
Oleh sebab kenaikan harga yang sedang menjadi isu sekarang, pasti ramai yang mengharapkan agar pengeluaran khas KWSP dilakukan sekali lagi. Walau bagaimanapun ada juga yang menolak untuk membuat pengeluaran sekali lagi. Namun, ianya terpulang kepada diri masing-masing.
PETISYEN PENGELUARAN KHAS
Oleh itu, sebuah petisyen telah dibuat bagi membantu menguatkan sokongan Pengeluaran Khas 2.0. Sehingga kini, petisyen tersebut mencecah sebanyak 91,000 orang.
Sekiranya anda belum mengisinya, terdapat salah satu cara bersama pencarum lain yang lain sebagai tanda menyokong Pengeluaran Khas 2.0.
Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil, ini menjadi sebab yang kuat mengapa masyarakat betul-betul ingin membuat pengeluaran ini.
Jika anda berminat, bolehlah mengisi petisyen tersebut di sini
PENGELUARAN AKAUN 2
Walau bagaimanapun, para pencarum masih mempunyai peluang untuk membuat pengeluaran KWSP melalui akaun 2 dengan tujuan peribadi yang memang dibenarkan dari dulu lagi.
Berikut merupakan jenis pengeluaran yang dibenarkan:
1. Pengeluaran untuk pendidikan
Terbuka untuk mereka yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi yang perlu membayar yuran untuk menikmati kemudahan universiti atau kolej.
KWSP akan memberikan pilih dan kemudahan pengeluaran untuk menampung bayaran yuran.
2. Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
Selain itu, pihak KWSP akan memberikan kemudahan kepada ahlinya untuk memiliki rumah pertama sendiri sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, rumah lelong, rumah subsale atau beli melalui rumah mesra rakyat yang disediakan oleh pihak kerajaan.
3. Penbayaran Rawatan Perubatan
Sekiranya anda menghadapi masalah kesihatan melibatkan 36 penyakit kritikal, anda boleh membuat pengeluaran akaun 2 bagi menampung kos rawatan dan alat perubatan.
4. Pembayaran ibadah haji
Untuk meringakan bebanan menunaikan haji, anda boleh membuat pengeluaran untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.