Table of Content
BANTUAN PERANTI SISWA PERCUMA
Untuk pengetahuan anda, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan bahawa terdapat bantuan yang melibatkan Pelan Data Percuma dan juga peranti siswa secara percuma kepada pelajar IPT khususnya pelajar B40.
OBJEKTIF BANTUAN
Tujuan utama pemberian bantuan ini adalah untuk memudahkan urusan para pelajar yang perlu meneruskan pembelajaran secara online dan yang memerlukan komputer riba.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk meringankan beban ahli keluarga untuk tidak lagi perlu membeli laptop baharu.
PERANTI BERKUALITI DIBERIKAN
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa turut menyatakan bahawa pemberian laptop yang diberikan adalah berkualiti tinggi.
Dijangkakan sebanyak 450,000 peranti akan diedarkan untuk tahun ini melalui tiga fasa pemberian.
CARA PERMOHONAN
Semua pelajar IPT layak untuk memohon bantuan ini asalkan mereka adalah daripada kategori B40.
Berikut merupakan cara permohonan:
• Anda perlu pergi ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) pusat pengajian anda
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan bantuan pelan data percuma dan laptop telah mula dibuka bermula
• 15 April 2022 lepas