Table of Content
- Bantuan Keluarga Malaysia
- Jumlah bantuan
- Syarat Kelayakan
- Tarikh Permohonan
- Tarikh Pembayaran
Untuk pengetahuan anda, selain daripada kategori isi rumah, golongan bujang juga turut tidak dipinggirkan dalam pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022)
Dalam kategori bujang, pemberian turut berbeza untuk setiap kategori bujang yang diagihkan.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan sebuah bantuan yang akan dilancarkan pada Bulan Mac 2022 ini.
Pembayaran bantuan ini adalah diagihkan kepada 4 fasa sehingga hujung tahun 2022 ini.
Tujuan bantuan ini disalurkan kepda rakyat adalah untuk meringakan beban yang ditanggung mereka yang perlu meneruskan kelangsungan hidup.
JUMLAH BANTUAN
Pemberian Bantuan ini adalah berbeza mengikut kategori bujang tersebut.
1. Kategori Bujang & berpendapatan bawah RM2500 menerima sebanyak RM350.
2. Kategori Warga Emas Bujang berumur 60 tahun dan ke atas & berpendapatan bawah RM5000 menerima RM600.
3. Kategori Ibu/Bapa tunggal (Bantuan Tambahan) menerima RM500
4. Kategori Warga Emas isi rumah menerima RM350
Untuk pengetahuan semua, jumlah di atas belum termasuk dengan bantuan tambahan BKM.
SYARAT KELAYAKAN
- Berpendapatan di anatara RM 0 sehingga RM5000
- Berumur 21 tahun hungga 59 tahun atau 60 tahuin dan ke atas
- Bujang atau ibu bapa tunggal/balu.duda yang tidak mempunyai anak
TARIKH PERMOHONAN
Untuk pengetahuan anda, permohonan untuk Bantuan Keluarga Malaysia ini telah ditutup pada 31 Januari yang lepas. Manakala rayuan bagi pemohon tidak lulus turut telah ditutup pada bulan Jun lepas.
TARIKH PEMBAYARAN
Pembayaran akan dilakukan sebanyak 4 kali. Pembayaran pertama akan diberikan pada bulan Mac dan Jun. Pembayaran tersebut sudah dilaksanakan. Kini, hanya perlu menunggu pembayaran Fasa 3 dan 4 sahaja yang akan dilaksanakan pada bulan September dan Disember.