Cara Kerja Menjadi Rider FoodPanda

ADMIN PIAN

 

Cara Kerja Menjadi Rider FoodPanda

Table of Content


Saban hari, semakin banyak kita lihat rider foodpanda di atas jalan raya. Pasti ramai yang tertanya-tanya, sebagus apakah kerja sebagai rider foodpanda ini? Berapa gaji yang diberikan kepada rider foodpanda ini? Untuk pengetahuan anda, bekerja sebagai rider foodpanda ini amat berbaloi untuk dibuat jika anda ingin mencari duit sampingan. Bagaimanakah ingin mendaftar untuk kerja sebagai rider foodpanda ini? Dalam artikel ini akan saya senaraikan.

Apakah itu FoodPanda?

Kepada yang belum tahu, Foodpanda mempunyai pusat ataupun ibu pejabat yang terletak di Jerman. FoodPanda merupakan salah satu servis penghantaran makanan yang berasal dari Jerman. Kini, ia telah beroperasi di 40 buah negara dan wilayah.

Di dalam servis ini, pengguna akan dapat memilih makanan daripada restoran tempatan dan hanya perlu membuat pesanan melalui telefon bimbit mereka sahaja melalui aplikasi FoodPanda.

Seterusnya, makanan yang dipesan akan dihantar oleh sang rider foodpanda ke destinasi di mana anda inginkan.

Cara Daftar Menjadi Rider Foodpanda Secara Online

Ramai yang ingin mengetahui bagaimana caranya untuk mendaftarkan diri untuk menjadi rider foodpanda. Untuk pengetahuan anda, pendaftaran boleh dibuat secara online sahaja. Berikut merupakan cara-caranya.

1. Layari website rasmi foodpanda www.foodpanda.my
2. Tekan Apply Now di bahagian 'Join Delivery Team'.
3. Pada laman yang berikutnya, sila pilih bandar anda di ruangan PILIH BANDAR ANDA. Dinasihatkan untuk memilih bandar di mana anda mudah untuk menjalankan kerja dan mempunyai tempat tinggal.
4. Seterusnya, sila pilih jenis penghantaran anda di ruangan YOUR VEHICLE.
5. Tekan butang MOHON SEKARANG
6. Sila masukkan nama pertama anda di ruangan nama.
7. Siala masukkan nama bapa di ruangan NAMA BAPA. Masukkan nama keluarga jika anda bukan beragama islam.
8. Masukkan nombor telefon dan emel di ruangan yang disediakan
9. Tandakan Ya pada soalan ' Adakah anda berumur 18 tahun dan ke atas mengikut kad pengenalan anda?'.
10. Sila pilih bahasa anda
11. Pilih Ya untuk soalan, ' Adakah anda seorang warganegara Malaysia'. 
12. Pilih Ya untuk soalan ' Adakah anda mempunyai lesen motosikal yang sah
13. Tekan HANTAR

Setelah selesai, anda akan menerima SMS daripada FoodPanda meminta anda untuk hadir ke pejabat mereka untuk mendengar taklimat ringkas. Anda juga akan menjalani sesi praktikal dengan pekerja senior untuk mengendalikan pesanan dan penghantaran.

Jika tiada apa-apa masalah, anda boleh menjadi rider foodpanda. Anda akan mendapatkan ID dan kata laluan untuk aplikasi Foodpanda. Anda juga akan mendapatkan peralatan foodpanda seperti baju rasmi, beg thermos dan beg foodpanda.

Apakah Kebaikan Menjadi rider Foodpanda?

1. Masa kerja sebagai rider foodpanda ini sangat fleksibel. Anda boleh memilih jadual bekerja anda untuk satu hari.
2. Anda akan mendapat banyak pengalaman di lokasi yag berbeza.
3. Mengeratkan hubungan dengan rider foodpanda yang lain.
4. Banyak program khas

Berapakah Gaji Rider Foodpanda?

Ini merupakan antara soalan yang sering ditanya oleh orang ramai. Berapakah sebenarnya rider foodpanda akan peroleh?. Untuk pengetahuan anda, gaji foodpanda akan dibayar mingguan. Gaji seorang rider foodpanda biasanya RM5 ringgit purata sejam.

Cukup 3 bulan bekerja, gaji mereka akan meningkat sehingga RM6 ke RM7 sejam. Selain daripada gaji, rider foodpanda yang berununtung mungkin akan menerima tips tambahan daripada pelanggan.



Ad Code

Ad Space