Jumlah Bantuan Untuk BKM Fasa 3 Akan Dinaikkan Jika Kes Ini Terus Berlaku

ADMIN PIAN

 


Table of Content

Untuk pengetahuan pembaca, kerajaan akan meningkatkan pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada fasa seterusnya sekiranya isu berkenaan kenaikan harga di dalam negara kita masih berlarutan.
Penambahan pembayaran kemungkinan adalah untuk fasa 3 dan 4. 

JUMLAH BANTUAN AKAN DITAMBAH

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan ini adalah usaha kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat terkesan khusunya golongan B40.

“ Bantuan BKM RM2600 siapa nak bagi? Kerajaan sekaranglah yang bagi. Kalau dulu, tak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan bagi bantuan lebih daripada RM2000. Kita sekarang bagi RM2600.

“ Jadi kalau kes harga barang naik lagi dan masih tak selesai, BKM Fasa Ketiga, Fasa Keempat (jika ada lagi), mungkin kita akan tambah lagi peruntukan untuk kesenangan rakyat, “ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kenduri Rakyat bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Siri Kelima di Litar Dato Sagor, pada Ahad.


PERMULAAN BAYARAN BKM FASA 2

Pembayaran BKM Fasa 2 telah dikreditkan bermula pada 27 Jun lepas bermula pukul 6 petang khusunya bagi pemegang akaun bank BSN.
Dijangkakan proses pembayaran dan pengkreditan ini akan lebih cepat setelah pukul 6. Pihak kerajaan akan memberikan keutamaan kepada pemegang BSN dahulu.


OBJEKTIF BANTUAN

Menurut Facebook rasmi Menteri Kewangan, BKM Fasa 2 adalah untuk meringankan tanggungan dan bebanan yang dipikul rakyat. Kerajaan menyalurkan sejumlah RM1.1 billion melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Bantuan Tunai Tambahan yang akan dikreditkan pada 27 Jun nanti.


SEMAKAN STATUS BKM FASA 2

Untuk membuat semakan status permohonan bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 ini, sila rujuk pautan berikut
• https://bkm.hasil.gov.my/


Tags

Ad Code

Ad Space