Berikut Adalah Bantuan Yang Terbuka Pada Bulan Ogos 2022

ADMIN PIAN
 

Table of Content
  1. Bantuan Yang Boleh Dimohon
  2. Bantuan Musim Tengkujuh
  3. Jumlah Bantuan
  4. Tarikh Permohonan
  5. Cara Permohonan
  6. Syarat Kelayakan

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai jenis bantuan yang kerajaan berikan yang disalurkan melalui beberapa agensi yang bertujuan untuk meringakan beban rakyat. Berikut merupakan antara bantuan yang boleh anda mohon pada bulan Ogos ini.

BANTUAN YANG BOLEH DIMOHON BULAN OGOS 2022

Salah satunya adalah bantuan yang salurkan melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
 

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh merupakan bantuan tahunan yang diberikan oleh pihak RISDA untuk mengurangkan beban para pekebun yang kehilangan sumber pendapatan disebabkan musim tengkujuh yang melanda.

Bantuan ini disalurkan melalui 2 Fasa.
 

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan yang diberikan asalah sebanyak RM600. Walau bagaimanapun, pembayaran akan melalui 2 Fasa.

Oleh yang demikian, penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM300 untuk setiap fasa.

TARIKH PERMOHONAN 

Permohonan bantuan ini dibuka sejak 5 Mei sehingga 15 September 2022.

Pekebun yang terkesan akibat musim tengkujuh adalah digalakkan membut permohonan secepat mungkin supaya pembayaran akan dilaksanakan lebih awal.
 

CARA PERMOHONAN 

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) boleh dibuat melalui laman web rasmi RISDA 

• http://pekebunkecil.risda.gov.my/utama

 

Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen penting bagi memudahkan proses permohonan. Anyara dokumen yang perlu disediakan ialah :

1. Salinan Kad Pengenalan
2. Geran asal tanah dan salinan
3. Salinan buku akaun bank yang masih aktif

 

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk bantuan BMT ini:

1. PEKEBUN KECIL RISDA

• Warganegara Malaysia

• Pekebun Kecil

• Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar

• Pemilik tanah yang sah

• Seorang penerima untuk 1 slot

 

2. PENOREH TAPI BUKAN PEMILIK

• Warganegara Malaysia

• Penoreh bukan pemilik tetapi berdaftar dengan RISDA

• Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar

• Pengesahan pemilik tanah yang sah

• 1 lot untuk seorang penerima bantuan sahaja

• Mempunyai PAT-G




Tags

Ad Code

Ad Space