Semak Kelayakan Untuk Menerima Elaun Pekerja Sebanyak RM1000

ADMIN PIAN


Table of Content




Untuk pengetahuan pembaca, terdapat satu program yang diperuntukkan pihak kerajaan dan PERKESO yang menyediakan dan memberikan bantuan kewangan berjumlah sehingga RM1000 sebagai bantuan pekerjaan.

Penyaluran bantuan ini adalah untuk pekerja yang berdaftar di bawah SIP Prihatin 2.0.

PROGRAM SIP 2.0

Program ini diperuntukkan oleh Akta Sistem Ansurans Pekerjaan 2017 untuk membantu masyarakat yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik serta penutupan sektor ekonomi yang berlaku.

Bantuan ini mempunyai dua jenis elaun pekerja yang boleh didapatkan termasuklah 

1) Bantuan Kewangan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
• Pemberian bantuan ini adalah sebanyak RM 300 Sebulan dan hanya diberikan untuk tempoh 2 bulan sahaja
• Jumlah maksimum bantuan adalah RM600

2) Elaun Persediaan Pekerjaan (EPB)
• Bantuan berjumlah RM400 akan diberikan
• Pembayaran akan dilaksanakan secara one-off sahaja
• Diberikan kepada pemohon jikalau pemohon berjaya dapat kerja dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh daftar  permohonan SIP prihatin 2.0.


KADAR ELAUN

Berikut merupakan pecahan kasar elaun yang diberikan:

1) RM300 x 2 bulan

Aktiviti carian Pekerjaan
• Menghadiri temuduga terbuka 

Jumlah aktiviti setiap bulan
• 3 temu duga dalam tempoh 30 hari x 2 bulan

2) RM400 One off

Aktivit carian pekerjaan
• Sekiranya pencari kerja kembali bekerja dalam tempoh menerima insentif bulan pertama 

Jumlah Aktiviti Setiap bulan
• Sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan


SYARAT KELAYAKAN

Berikut ialah syarat kelayakan yang ditetapkan :
• Rakyat Malaysia yang tidak bekerja
• Hilang pekerjaan yang tidak dilindungi di bawah SIP
• Berdaftar dalam portal MyFutureJob dan aktif cari kerja

CARA PERMOHONAN 

Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian atau online melalui aplikasi PRIHATIN PERKESO.

Apa yang anda perlu buat ialah memuat turun aplikasi tersebut melalui App Store ataupun Play Store di telefon pintar anda. 

Selepas itu, anda perlulah membuat pendaftaran untuk pencarian pekerjaan di portal rasmi www.myfuturejobs.gov.my

Anda hanya perlu mencari kerja, menghadiri temu duga dan mengemaskini log anda setiap hari.

Setelah anda mendapat pekerjaan, segera kemas kini pada aplikasi PRIHATIN PERKESO. Jika anda lulus, anda akan mendapat bayaran bantuan secara automatik.

Ad Code

Ad Space