Jumlah Bayaran BKM Fasa 3 Terkini Bagi Setiap Kategori. Semak Sekarang!

ADMIN PIAN
 

Table of Content
  1. Bantuan Keluarga Malaysia
  2. Jumlah Bayaran Terkini
  3. Semakan Status
  4. Maklumat lanjut

Untuk pengetahuan anda, semakan status untuk pembayaran BKM Fasa 3 bermula 20 September ini. Ianya dijangka akan berlangsung sehingga 27 September ini. Wakau bagaimanapun, ramai yang telah berkongsi di sosial media bahawa mereka telahpun menerima bayaran BKM Fasas 3 ini terutamanya bagi mereka yang menggunakan Bank Simpanan Nasional sebagai tempat pengkreditan bantuan ini,

Perkara ini sudah tentu menceriakan hati rakyat setelah menanti sekian lama mengenai berita ini.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM merupakan salah satu bantuan bersasar yang akan diberikan kepada kategori yang layak termasuklah mereka yang mempunyai pendapatan bulanan RM 5000 dan ke bawah. Bantuan ini diberikan kepada beberapa kategori tanpa mengenal umur.


JUMLAH BANTUAN TERKINI

Berikut merupakan bantuan terkini BKM Fasa 3 :

1) Kategori Isi Rumah - Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

a) Pendapatan RM 0 - RM 2500
  • 0 anak - RM 200
  • 1-2 anak - RM 300
  • 3 dan lebih anak - RM 400

b) Pendapatan RM 2501 - RM 5000
  • 0-3 anak dan ke atas - Kesemua RM 100

2) Kategori Isi Rumah - Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

a) Pendapatan RM 0 - RM 2500
  • 0 anak - RM 500
  • 1-2 anak - RM 600
  • 3 dan lebih anak - RM 700

b) Pendapatan RM 2501 - RM 5000
  • 0-3 anak dan ke atas - Kesemua RM 400

3) Kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak - Tiada had umur

a) Pendapatan RM 0 - RM 2500
  • 1-2 anak - RM 800
  • 3 dan lebih anak - RM 900

b) Pendapatan RM 2501 - RM 5000
  • 1-3 anak dan ke atas - Kesemua RM 600

4) Kategori Bujang dan IBT tiada anak - Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
  • RM 150

5) Bujang dan IBT tiada anak - Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
  • RM 150


SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN

Berikut merupakan cara untuk membuat semakan status pembayaran :
  1. Log masuk ke portal rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik Semakan Status
  3. Paparan Kelayakan akan ditunjukkan
  4. Klik Maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila layari https://bkm.hasil.gov.my/



Ad Code

Ad Space