Pengeluaran KWSP Adalah Dibenarkan Kepada 4 Kategori Berikut

ADMIN PIAN
 

Table of Content
  1. Pengeluaran Khas KWSP 2.0
  2. Petition Pengeluaran Khas
  3. Pengeluaran Akaun 2 KWSP Dibenarkan

Untuk pengetahuan anda, pengeluaran KWSP adalah dibenarkan bagi 4 kategori berikut. Hanya 4 kategori ini sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengeluaran. Ramai orang sangat berharap Pengeluaran Khas KWSP 2.0 ini dilaksanakan secepat mungkin.


PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0

Oleh sebab negara kita sekarang mempunyai isu kenaikan harga barangan, ramai orang sangat mengharapkan agar Pengeluaran Khas KWSP dibuat sekali lagi.

Masing-masing mempunyai pendapat yang tersendiri. Ada yang mungkin bersetuju ada yang mungkin tidak.

PETITION PENGELUARAN KHAS

Oleh itu, terdapat sebuh petition telah dibuat untuk menyokong Pengeluaran Khas 2.0. Sehingga kini, petisyen tersebut mencecah angka sebanyak 91,000 orang.

Jika anda belum mengisi petisyen tersebut, mungkin ini merupakan salah satu cara bersama pencarum yang lain sebagai tanda sokong pengeluaran ini.

Jika anda berminat, anda boleh mengisi petisyen tersebut di sini PETISYEN PENGELUARAN KHAS KWSP .

PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP DIBENARKAN

Walau bagaimanapun, para pencarum masih berpeluang untuk membuat pengeluaran KWSP melalui akaun 2 untuk tujuan peribadi yang memang dibenarkan sejak dulu lagi. 

Berikut merupakan jenis pengeluaran yang dibenarkan yang menggunakan wang simpanan akaun 2 KWSP.

1) Pengeluaran untuk pendidikan

Terbuka untuk mereka yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi yang memerlukan mereka untuk membayar kolej ataupun kemudahan lain.


2) Pengeluaran untuk pembelian rumah

Selain daripada itu, pihak KWSP juga telah memberikan kemudahan kepada ahlinya untuk memiliki rumah pertama sendiri sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, rumah lelong, rumah subsale atau beli melalui rumah mesra rakyat yang disediakan oleh pihak kerajaan.

3) Pembayaran Rawatan Perubatan

Jika anda mempunyai masalah kesihatan melibatkan 36 penyakit kritikal, anda boleh membuat pengeluaran menggunakan akaun 2 bagi menampung kos perubatan dan alat kesihatan.


4) Pembayaran Ibadah Haji

Bagi mengurangkan beban kewangan untuk menunaikan haji, duit daripada akaun anda boleh digunakan dengan membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lemnbaga Tabung Haji.


Tags

Ad Code

Ad Space