Bantuan Khas Yang Bernilai RM 700 Akan Dibayar Januari 2023

ADMIN PIAN
 
 
Table of content
  1. Bantuan Khas Kewangan
  2. Jumlah Bantuan
  3. Tarikh Bayaran
  4. Senarai Yang Tidak Layak Menerima

Untuk pengetahuan anda, Perdana Menteri kita telah mengumumkan sebuah bantuan khas yang bernilai sebanyak RM 700 pada Ogos 2022. Bantuan tersebut merupakan bantuan yang akan dibayar pada Januari 2023 kelak. 

Bantuan ini telah diumumkan ketika Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) yang bertemakan 'Penjawat Awam Tonggak Aspirasi Keluarga Malaysia'.

BANTUAN KHAS KEWANGAN

Bantuan khas kewangan merupakan satu bantuan yang diberikan kepada penjawat awam oleh kerajaan. Hanya mereka yang layak sahaja akan menerima bantuan ini.

Tujuan bantuan ini diberikan adalah untuk menghargai jasa pergorbanan para penjawat awam.

JUMLAH BANTUAN

Untuk pengetahuan anda, bantuan ini terbahagi kepada dua dengan perbezaan jumlah dan kelayakan.


BANTUAN RM 700

  • Diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah

BANTUAN RM 350

  • Diberikan kepada pesara kerajaan yang sedang menerima pencen
  • Penerima pencen terbitan
  • Pesara perkhidmatan awam skim KWSP iaitu bersara apa mencapai opsyen umur perasaan
  • Veteren berpencen dan tidak berpencen

TARIKH BAYARAN

Sedia maklum, bantuan ini akan dibayar bermula bulan Januari 2023 nanti. Setakat ini, tiafa lagi tarikh rasmi yang ditetapkan oleh kerajaan.

Walau bagaimanapun, pembayaran dijangkakan akan dibuat pada hujung bulan.


SENARAI YANG TIDAK LAYAK TERIMA BANTUAN

Berikut merupakan senarai yang tidak layak untuk menerima bantuan ini :
  • Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Teringgi dan setarif termasuk yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama / Gred Khas
  • Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2022
  • Pegawau yang ditamatkan perhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari hingga 25 Januari 2022 dan
  • Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari hingga 25 Januari 2022 serta
  • Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan berkanun Yang Diasingkan Saraan







Tags

Ad Code

Ad Space