Table of Content
- Bantuan Tambahan KWSP RM 500
- Semakan Kelayakan Bantuan Simpanan Tambahan
- Simpanan Hari Tua
- Pengkreditan
- Tarikh Bayaran
Hal ini telah dikemukakan oleh Perdana Menteri pada pembentangan bajet Belanjawan 2023 pada bulan Februari lalu.
BANTUAN TAMBAHAN KWSP RM 500
Semasa pembentangan bajet tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kerajaan bakal menambah caruman simpanan KWSP sebanyak RM 500 kepada individu yang layak.
Tambahan lagi, bantuan ini telah menggunakan peruntukkan hampir RM 1 bilion.
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN SIMPANAN TAMBAHAN
Berikut merupakan syarat yang perlu dipenuhi oleh pencarum untuk layak mendapatkan bantuan ini.
- Pencarum / Ahli KWSP yang mempunyai simpanan kurang RM 10,000 dalam Akaun 1 KWSP.
- Berusia antara 54 tahun sahaja
SIMPANAN HARI TUA
Tujuan utama pemberian simpanan tambahan RM 500 itu adalah untuk membina semula simpanan persaraab rakyat.
Seperti yang anda tahu, pengeluaran KWSP ini telah dilaksanakan beberapa kali sejak pandemik melanda negara. Hal ini menyebabkan simpanan mereka berkurang.
Pihak kerajaan berharap agar rakyat mempunyai simpanan yang cukup pada masa yang akan datang.
PENGKREDITAN TERUS KE AKAUN 1 KWSP
Jika anda mempunyai kelayakan yang diperlukan di atas, anda tidak perlu membuat permohonan.
Duit bantuan tersebut akan dikreditkan langsung ke Akaun 1 KWSP anda.
TARIKH BAYARAN
Pada ketika ini, kerajaan belum lagi mengumumkan maklumat terbaru mengenai simpanan tambahan ini.
Ikuti terus isu semasa supaya anda tidak terlepas maklumat penting dari masa ke masa.