Table of Content
- Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Pada Bulan April
- Pengeluaran 50 Tahun
- Pengeluaran 55 Tahun
- Pengeluaran 60 Tahun
- Maklumat Lanjut
Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak bantuan kerajaan yang mula dibayar pada ketika ini. Antara bantuan yang telah mula dikreditkan adalah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, Bantuan Musim Tengkujuh dan MySalam. Selain daripada bantuan tersebut, anda juga boleh memohon pengeluaran KWSP bersyarat jika anda menepati kelayakan.
Sedia maklum, terdapat banyak jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan mengikut syarat kelayakan masing-masing.
PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN PADA BULAN APRIL
Terdapat beberapa pengeluaran KWSP yang akan dibenarkan oleh kerajaan pada April ini. Walau bagaimanapun, pengeluaran pada kali ini adalah bersyarat seperti yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP. Maklumat di bawah merupakan pengeluaran KWSP yang dibenarkan.
PENGELUARAN UMUR 50 TAHUN
Jika anda merupakan ahli yang berumur 50 tahun dan ke atas, anda diberikan peluang untuk mengeluarkan sebahagian mahupun semua simpanan Akaun 2 KWSP. Perkara ini dilonggarkan bagi persediaan anda menghadapi persaraan.
PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN
Simpanan untuk Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP boleh dikeluarkan kesemuanya pada usia 55 tahun.
Jika anda berumur 55 tahun, ia bermaksud anda secara rasminya berada pada umur persaraan dan boleh membuat pengeluaran penuh atau fleksibel.
PENGELUARAN UMUR 60 TAHUN
Pengeluaran ini khas untuk mereka yang ingin melanjutkan kerja selepas umur 55 tahun. Jika anda mencapai umur 60 tahun, simpanan pada Akaun 55 dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran anda.
MAKLUMAT LANJUT
Setiap pengeluaran di atas mempunyai syarat-syarat yang berbeza.
Sekiranya anda mempunyai lanjut, anda boleh layari laman web rasmi KWSP.