Table of Content
Untuk makluman anda, pihak kerajaan ada menyediakan satu bantuan yang boleh diterima secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.
Tujuan utama bantuan ini diagihkan adalah untuk membantu rakyat dengan menyediakan perlindungan takaful.
MYSALAM
Untuk pengetahuan anda, MySalam merupakan satu inisiatif skim takaful perlindungan percuma yang mana menyediakan perlindungan takaful bagi golongan yang berperndapatan rendah menerusi Data Amanah MySalam.
Matlamat utama bantuan ini adalah untuk meringankan beban mereka yang menghidap penyakit agar dapat menjalani hidup normal.
MANFAAT MYSALAM
Tertera di bawah merupakan manfaat yang diperoleh oleh penerima yang layak.
- Dibayar RM 8000
- Akan menerima bayaran harian dalam tempoh 14 hari setahun pada kadar RM 50 sehari atau RM 700 setahun
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat kelayakan MySalam
- Individu berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dan pasangan
- Individu berumur antara 40 tahun sehingga 65 tahun dan pendapatan kurang RM 24,000 setahun
- Individu OKU berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dengan pendapatan tahunan kurang RM 24,000.
CARA DAFTAR MYSALAM
Untuk pengetahuan anda, MySalam tidak perlu permohonan. Hal ini demikian kerana akan mengambil data bantuan seperti BPR.
TARIKH AKHIR KEMASKINI MYSALAM
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh akhir untuk mengamskini butiran berkenaan dengan MySalam adalah pada 31 Mac 2023. Jika anda membuat sebarang perubahan seleps tarikh ini, rayuan anda tidak akan diproses.