Bantuan Sebanyak RM2000 Untuk Keluarga B40

ADMIN PIAN

 



Table of Content

  1. Bantuan Kewangan RM 2000 untuk B40
  2. Jumlah Bantuan STR
  3. Permohonan dan kemaskini

Untuk makluman anda, terdapat pelbagai jenis bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk diberikan kepada rakyat Malaysia yang layak berpandukan pendapatan bulanan mereka, tanggungan dan syarat-syarat yang lain.

Antara bantuan yang kini hangat disebut orang ramai adalah bantuan kewangan yang berjumlah sebanyak RM 2000 khas untuk keluarga golongan B40. 

BANTUAN KEWANGAN RM 2000 UNTUK B40


Nama khas untuk bantuan kewangan ini adalah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dilaksanakan pada bulan Januari yang lalu. 

Nilai sebanyak RM 2000 itu merupakan jumlah keseluruhan bagi bantuan ini daripada Fasa 1 sehingga Fasa 4. Bantuan ini dibayar kepada golongan B40.

  • Pendapatan RM 2500 dan ke bawah serta
  • Mempunyai tanggungan anak 3-4 orang

JUMLAH BANTUAN STR

Berikut merupakan jumlah bantuan STR mengikut kategori masing-masing.

Kategori Isi Rumah (Berpendapatan RM 0 - RM 2500)
  • RM 1000 - Tiada anak
  • RM 1500 - 1-2 anak
  • RM 2000 - 3-4 anak
  • RM 2500 - 5 orang ke atas
Kategori Isi Rumah (Berpendapatan RM 2501 - RM 5000)
  • RM 500 - Tiada anak
  • RM 650 - 1-2 anak
  • RM 1000 - 3-4 anak
  • RM 1250 - 5 orang ke atas
Kategori Warga Emas Sebatang Kara (Berpendapatan RM 5000 ke bawah)
  • RM 600
Kategori Bujang 21-59 tahun (Berpendapatan RM 0 - RM 2500)
  • RM 350
Kategori Bujang OKU 19-59 tahun (Berpendapatan RM 0 - RM 2500)
  • RM 350

PERMOHONAN DAN KEMASKINI

Untuk makluman anda, anda boleh membuat permohonan baharu atau pun mengemaskini sehingga 31 Mac ini.

Permohonan baharu ini dibuka kepada mereka yang tidak pernah lagi memohon bantuan ini atau kepada mereka yang tidak lulus permohonan sebelumnya.

Mereka juga terbuka untuk mengemaskini data mereka juka terdapat sebarang perubahan maklumat seperti jumlah pendapatan, tanggungan, nombor akaun dan lain-lain.

Ad Code

Ad Space