Table of Content
Pada Januari yang lalu, pembayaran untuk fasa pertama bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah diberikan kepada penerima yang layak.
Untuk pengetahuan anda, terdapat tiga jenis kategori yang mendapat manfaat daripada pelaksaan STR Fasa 1 iaitu Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas tanpa pasangan.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
Selepas melaksanakan fasa yang pertama, pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Sedikit info mengenai bantuan STR ini : STR merupakan bantuan kewangan secara tunai seperti bantuan yang terdahulu seperti BKM, BPR, BSH dan BRIM.
KATEGORI PENERIMA STR FASA 2
Berikut merupakan kategori yang layak untuk mendapatkan STR Fasa 2 nanti :
1) Kategori Rumah Tangga
- Sudah berkahwin atau
- Ibu tunggal atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak
- Berpendapatan bulanan antara RM 0 - RM 5,000.
2) Kategori Tunggal
- Bujang belum berkahwin atau
- Ibu tunggal atau bapa/balu/duda yang tidak mempunyai anak
- Berumur 21 hingga 59 tahun
- Berpendapatan bulanan antara RM 0 - RM 2500
Maklumat di atas adalah berdasarkan maklumat pelaksanaan BKM sebelum ini.
JUMLAH BANTUAN STR FASA 2
Kategori Isi Rumah
- Kahwin - RM 200
- Ibu Bapa Tungga Mempunyai Anak - RM 200
Kategori Warga Emas Bujang Tiada Pasangan
- RM 100
Kategori Bujang
- RM 100
CARA SEMAKAN STR 2023
Untuk pengetahuan anda, LHDN ada membuat kenyataan bahawa semakan status kelayakan Sumbngan Tunai Rahmah (STR) kini boleh dilakukan dengan melayari laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Jika anda masih belum tahu cara untuk membuat semakan, sila ikut cara ini :
- Klik Log Masuk MYSTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Laluan Keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik menu semakan pembayaran
- Maklumat untuk dipaparkan
- Nama pemohon
- Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat Pembayaran Fasa