Bantuan Bulanan JKM Sehingga RM1,000 : Semak Kelayakan Anda

ADMIN PIAN

 Table of Content
  1. Bantuan Bulanan JKM
  2. Jumlah Bantuan Bulanan JKM
  3. Tarikh Bayaran Bantuan Kewangan RM1000
  4. Syarat Kelayakan
  5. Cara Permohonan


BANTUAN BULANAN JKM

Dari dahulu lagi, perlaksanaan bantuan bulanan JKM ini telah dilakukan malah perlaksanaannya masih diteruskan sehingga tahun ini.

Ada 9 jenis bantuan yang tersenarai dalam banyuan bulanan tersebut antaranya bantuan kanak-kanak, bantuan anak pelihara, bantuan warga emas dan bantuan am negeri.

JUMLAH BANTUAN BULANAN JKM

Mengikut jenis bantuan serta syarat-syarat, jumlah bayaran bantuan adalah berbeza.

Sebagai contoh, bagi Bantuan Kanak-Kanak jumlah maksimum yang diperuntukkan untuk sebuah keluarga adalah RM1,000 sebulan sekiranya jumlah anak yang layak telah melebihi daripada yang ditetapkan.

  • Bantuan Anak Pelihara - RM250
  • Bantuan Warga Emas - RM500
  • Elauan Pekerja Orang Kurang Upaya - RM450
  • Bantuan Am Persekutuan - RM100
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja - RM300
  • Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar - RM500
  • Bantuan Latihan Perantis - RM200

TARIKH BAYARAN BANTUAN KEWANGAN RM1,000

Kepada individu yang layak,bayaran bantuan ini akan dibayar setiap bulan.

Pembayaran bantuan ini seringkali dibayar pada awal bulan di antara 1 hingga 10 haribulan termasuklah Julai ini.


SYARAT KELAYAKAN

Mengikut jenis bantuan yang ingin dimohon, syarat kelayakan adalah berbeza.

Namun, syarat kelayakan utama bagi setiap bantuan adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

• Warganegara Malaysia
• Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah
• Semasa atau PGK Purata Miskin per Kapita Semasa


CARA PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN RM1,000

Permohonan boleh dibuat secara walk in ke kaunter atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdekatan atau boleh terus melayari laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Tags

Ad Code

Ad Space