Table of Content
- MySalam
- Manfaat MySalam
- Syarat Kelayakan MySalam
- Cara Daftar MySalam
- Senarai Penyakit Yang boleh Dituntut
- Mungkin Sebab Anda Belum Menerima MySalam
Untuk pengetahuan anda, terdapat sebuah bantuan yang anda boleh terima secara automatik tanpa anda perlu membuat permohonan.
Tujuan bantuan ini diagihkan adalah untuk membantu rakyat untuk menjalani kehidupan normal walaupun mengahdapi masalah kewangan.
MYSALAM
Untuk pengetahuan pembaca, MySalam merupakan satu inisiatif skim takaful perlindungan percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk golongan yang berpendapatan rendah menerusi Data Amanah MySalam.Matlamat utama bantuan ini adalah bagi memudahkan mereka yang menghadapi masalah dan cabaran kewangan dengan penyakit yang dihidapi agar mereka dapat menjalani kehiudpan normal.
MANFAAT MYSALAM
Berikut merupakan manfaat yang boleh diperoleh oleh para penerima yang layak.
- Akan dibayar sebanyak RM 8000 yang diagihkan dalam masa yang diumumkan
- Akan menerima bayaran harian dakam tempoh 14 hari setahun pada kadar RM 50 sehari atau RM 700 setahun.
SYARAT KELAYAKAN MYSALAM
Berikut merupakan syarat kelayakan MySalam
- Individu berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dan pasangan
- Individu berumur antara 40 tahun sehingga 65 tahun dan pendapatan kurang RM 24,000 setahun
- Individu OKU berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dengan pendapatan tahunan kurang RM 24,000.
CARA DAFTAR MYSALAM
Untuk pengetahuan anda, MySalam tidak perlu permohonan, Hal ini kerana semakan akan dibuat secara automatik menggunakan data bantuan seperti BPR.
SENARAI PENYAKIT YANG BOLEH DITUNTUT
Berikut merupakan senarai penyakit yang membolehkan anda memohon bantuan ini.
- Alzheimer
- Kanser
- Pembedahan Otak
- Koma
- AIDS Gejala Penuh
- Meningtis Bakteria
- Serangan Jantung
- Jangkitan HIV
- Strok