Table of Content
Bantuan khas kerajaan iaitu bantuan kewangan bernilai sebanyak RM300 dan RM200 mula dibayar bermula hari ini.
Penjawat awam serta pesara kerajaan yang berkelayakan akan mendapat agihan bantuan kewangan berkenaan,pada 10 Ogos.
BANTUAN KHAS KEWANGAN
Bantuan berbentuk kewangan tersebut diagihkan bertujuan sebagai penghargaan kepada penjawat awam yang telah bertungkus lumus berkhidmat untuk negara Malaysia, seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan.
Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri,bantuan tersebut bakal memberi manfaat kepada 1.3 juta penjawat awam dan lebih dari sejuta orang pesara kerajaan.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan bagi penerima bantuan tersebut adalah hanya layak diterima oleh penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak sahaja.
Bagi pesara kerajaan pula, bantuan hanya diberikan kepada pesara kerajaan dari golongan yang menerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima veteran serta tidak berpencen.
JUMLAH BANTUAN
Pengagihan jumlah bantuan adalah berdasarkan kategori yang berikut:
Kategori Penjawat Awam Gred 56 dan Ke Bawah
- RM300 bantuan tambahan
Pesara Kerajaan
- RM200 bantuan tambahan
TARIKH BAYARAN
TERKINI : Bermula 10 Ogos, bantuan ini akan disalurkan kepada penjawat awam yang bekelayakan, di samping tiada pemohonan yang diperlukan