Pengeluaran Penuh KWSP Secara Bersyarat Kini Telah Dibenarkan

ADMIN PIAN

 




Table of Content
Kemudahan pengeluaran penuh wang simpanan mengikut syarat yang dibenarkan telah disediakan oleh pihak KWSP kepada pencarum KWSP sejak sekian lama.

Simpanan KWSP terbahagi kepada dua akaun iaitu Akuan 1 dan Akuan 2. Akuan 1 berfungsi sebagai akuan untuk pengeluaran secara penuh manakala Akuan 2 pula adalah bagi pengeluaran secara sebahagian mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.

BERUMUR 55 TAHUN

Ahli KWSP yang mencapai usia 55 tahun dibenarkan membuat pengeluaran penuh simpanan mereka berikutan Akuan 1 dan Akuan 2 yang akan digabungkan menjadi Akuan 55. Namun, sekiranya pencarum memilih untuk terus berkhidmat selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akuan Emas yang hanya boleh dikeluarkan setelah mencapai umur 60 tahun.

PEKERJA BERPENCEN

Bagi Pekerja Berpencen ataupun Persaraan Pilihan, mereka dibenarkan membuat pengeluran penuh. Pekerja Berpencen merujuk kepada yang telah diletakkan dalam jawatan di bawah mana-mana undnag-undang bertulis dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.

HILANG UPAYA

Ahli yang mengalami hilang upaya boleh membuat pengeluaran penuh simpanan mereka setelah mendapat pengesahan dari pegawai perubatan. Bukan itu sahaja, mereka juga layak mendapat RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya bagi meringankan beban mereka.

MENINGGALKAN NEGARA

Individu yang telah melepaskan kewarganegaraan mereka bagi berhijrah ke negara lain boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanan mereka di dalam KWSP.

KEMATIAN

Apabila seseorang ahli KWSP meninggal dunia, wang simpanan penuh yang ada boleh dikeluarkan melalui waris terdekat. Oleh itu, KWSP menggalakkan ahli-ahlinya untuk membuat penamaan, supaya proses pengeluaran selepas kematian dapat dipermudahkan.

Bagi individu yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan, permohonan pengeluaran penuh KWSP boleh diajukan secara dalam talian melalui Sistem i-Akaun KWSP atau secara manual di cawangan-cawangan KWSP berdekatan.

Maklumat lengkap mengenai pengeluaran KWSP boleh ditemui di Portal Rasmi KWSP.

Ad Code

Ad Space