Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dinamakan Bantuan Kanak-Kanak atau BKK.
Baca juga :
BANTUAN KANAK - KANAK (BKK)
Tujuan utama bantuan ini disalurkan antaranya adalah untuk:
- Meringankan beban keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
- Membantu memlihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi menerima bantuan ini boleh dirujuk di bawah:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia
- Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah
- Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas
JUMLAH BANTUAN
Mengikut pecahan yang tertera di bawah,kadar bantuan yang diberikan adalah minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1,000 sebulan:
- RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun dan ke bawah
- RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun
- Kadar bantuan maksimum RM1,000 per keluarga sebulan
PERMOHONAN MASIH DIBUKA
Permohonan bagi bantuan ini masih dibuka dan mereka yang berkelayakan amat disarankan untuk membuat permohonan.