Table of Content
Khabar gembira buat pencarum KWSP apabila kini pengeluaran secara one-off dibenarkan namun melalui beberapa syarat yang ditetapkan.
Pengeluaran bersyarat ini merupakan sebuah program di bawah Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang membenarkan paraa pencarum membuat pengeluaran bermula RM3,000 sehingga RM50,000.
PENGELUARAN SECARA ONE-OFF
Sebuah berita baik buat pencarum KWSP, Pengeluaran KWSP dalam bentuk pembiayaan, yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) telah dilancarkan namun akan dilakukan secara bersyarat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dalam ucapannya di Dewan Negara mengumumkan bahawa bagi tujuan program ini, fasiliti pembiayaan patuh Syariah juga disediakan oleh institusi-institusi perbankan dan tidak akan melibatkan sebarang unsur-unsur riba.
SYARAT PENGELUARAN
Pelbagai syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP boleh dirujuk seperti yang tertera di bawah:
- Terbuka kepada ahli yang belum mencapai usia 55 tahun
- Warganegara Malaysia
- Permohonan adalah sekali sahaja
- Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
- Amaun simpanan minimum RM3,000 di Akaun 2
- Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50, 000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadai yang diluluskan oleh institusi perbankan)
CARA PERMOHONAN
Melalui institusi perbankan yang terlibat, permohonan boleh dibuat secara atas talian berdasarkan langkah yang diterangkan di bawah:
LANGKAH 1
- Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 melalui portal instisusi perbankan yang mengambil bahagian
LANGKAH 2
- Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.
LANGKAH 3
-Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amauan pembiayaan peribadi yang telah diluluskan
PENCARUM KWSP 4 JUTA BAKAL MENDAPAT MANFAAT
Lebih daripada 4 juta ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang layak bakal menerima manfaat daripada fasiliti. Kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan dijangka di antara 4% sehingga 5% setahun. Berbanding kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan adalah jauh lebih rendah yang dikenakan pasa sekitar 8% hingga 15%.