Table of Content
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sebuah bantuan berbentuk bantuan asas dari pihak kerajaan, telah mula dikreditkan bagi bulan pertama. Penambahan bantuan adalah sebanyak RM 100 bagi penerima yang layak untuk setiap bulan sehingga Disember.
BANTUAN TAMBAHAN RM600
Sebuah bantuan tambahan di bawah program Sumbangan Tunai Rahman (STR) yang sedia ada telah dilancarkan oleh Kerajaan Perpaduan melalui Perdana Menteri pada pembentangan Belanjawan 2023 Februari lalu.
Nilai bantuan tambahan ini adalah sebanyak RM600 bagi setiap isi rumah dan maanfaatnya akan diterima dalam tempoh 6 bulan berturut-turut.
BANTUAN STR TAMBAHAN
Setiap isi rumah akan menerima jumlah STR berdasarkan jumlah tanggungan/anak seperti yang berikut:
- 0 anak - RM600
- 1-2 anak - RM600
- 3-4 anak - RM600
- 5 dan ke atas - RM600
JUMLAH & TARIKH BAYARAN
Bagi makluman, bantuan tambahan STR ini tidak akan diberikan secara one-off berjumlah RM600, malah akan dibayar setiap bulan dalam tempoh 6 bulan.
Perlu untuk anda tahu, STR Tambahan RM600 ini bukanlah bantuan kewangan tetapi adalah bantuan sumbangan bakul makanan & barangan asas.
- RM100 - JULAI-17 JULAI
- RM100 - Dijangka bermula pada 7 OGOS
- RM100 - SEPTEMBER
- RM100 - OKTOBER
- RM100 - NOVEMBER
- RM100 - DISEMBER
KELAYAKAN STR TAMBAHAN
Namun, BUKAN semua penerima isi rumah STR 2023 yang layak untuk menerima bantuan tambahan ini. Rujuk kategori bagi yang layak menerima bantuan berkenaan dari senarai di bawah:
- Kategori isi rumah miskin tegar
- Pendapatan bulanan adalah RM1,169 dan ke bawah sahaja
- Penerima STR 2023
- Tiada had umur
Sekiranya anda merupakan golongan miskin tegar dan telah membuat pendaftaran e-Kasih, anda layak untuk menerima bantuan di atas.