Bantuan Tiket Kapal Terbang Untuk Pelajar IPT. Semak Kelayakan Anda

ADMIN PIAN
Bantuan Tiket Kapal Terbang

 Table of Content


Terkini, satu inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan melalui bantuan tiket kapal terbang secara subsidi bagi perjalanan antara Semenanjung dengan Sabah serta Sarawak.

Ini bermaksud, dalam kalangan pelajar sama ada berasal dari Semenanjung yang melanjutkan pelajaran ke Sabah atau Sarawak, atau dalam erti kata lain sedang melanjutkan pelajaran luar dari negeri kelahiran mereka (dalam Malaysia sahaja) bakal menerima manfaat ini.

Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Anthony Loke Siew Fook berkata, pemberian subsidi ini akan berkuatkuasa pada 15 Ogos 2023.

JUMLAH BANTUAN TIKET KAPAL TERBANG

Pemberian subsidi sebanyak RM300 bagi tiket penerbangan pelajar IPT untuk laluan domestik Sabah, Sarawak serta Semenanjung Malaysia telah dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia.

Seramai 56,000 orang pelajar IPT dijangka bakal mendapat manfaar dengan pemberian subsidi ini dengan kos yang dianggarkan berjumlah RM16.8 juta.

Setelah Jemaah Menteri bersetuju dengan pemberian bantuan subsidi berkenaan, kerajaan bakal melaksanakan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi pelajar IPTA untuk laluan domestik Semenanjung, Sabah dan Sarawak.


OBJEKTIF PEMBERIAN SUBSIDI BANTUAN TIKET KAPAL TERBANG

Rakyat telah sedia maklum akan kadar tiket untuk penerbangan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau sebaliknya kadangkala sangat tinggi dan di luar kemampuan rakyat untuk mendapatkannya.

Justeru, dengan pemberian subsidi RM300 secara “one-off” diharapkan dapat meringankan sedikit sebanyak beban pelajar dan keluarga mereka.

Kekangan dari segi kewangan turut dihadapi oleh pelajar apabila ada diantara mereka yang terpaksa mencari pendapatan dengan bekerja separuh masa yang semestinya bertujuan untuk menampung kos perjalanan mereka kerana wang PTPTN hanya mencukupi untuk menanggung kos pengajian mereka semata-mata.

CARA MOHON BANTUAN TIKET KAPAL TERBANG

Cara Mohon Bantuan Kapal Terbang


YB Loke Siew Fook selaku Menteri Pengangkutan telah memaklumkan bahawa inisiatif bantuan tiket kapal terbang itu akan dikreditkan ke akaun pelajar bagi membolehkan mereka membeli tiket kapal terbang.

Menurut beliau lagi, satu sistem telah dibina dan memerlukan sedikit integrasi daripada syarikat penerbangan untuk membantu pelajar IPTA untuk mendapatkan subsidi tersebut. Beliau juga menjelaskan, inisiatif ini akan memberi manfaat kepada lebih kurang 50,000 pelajar IPTA.

Perlaksanaan subsidi tiket kapal terbang ini akan dilakukan melalui kaedah pemberian credit shell di mana syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi pembelian tiket penerbangan laluan domestik.

Walaupun demikian, pihak kerajaan digesa agar dapat menyediakan lebih perincian berkenaan perlaksanaan subsidi tersebut bertujuan untuk mengelakkan pelajar yang layak mendapat manfaat daripada inisiatif tersebut, namun tercicir kerana kekeliruan mereka.
Tags

Ad Code

Ad Space