Berbagai jenis bantuan dari segi kewangan disalurkan kepada rakyat. Sungguhpun begitu, terdapat juga bantuan yang diberikan adalah melalui barang keperluan sepertimana bantuan yang akan diterangkan di bawah.
Bantuan tambahan bernilai RM600. Sila semak kelayakan anda.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR
Menerusi inisiatif kerajaan sebelum ini, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah dilancarkan pada tahun ini ialah suatu bentuk bantuan kerajaan.
Bermula Januari, pembayaran STR akan dilaksanakan sebanyak 4 peringkat.
BANTUAN TAMBAHAN STR RM600
Bajet 2023 yang lepas telah menyaksikan penguguman dari kerajan yang bersetuju untuk menambah sebuah bantuan tambahan di dalam Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Bayaran Tambahan STR berjumlah RM609 berkenaan akan diagihkan kepada setiap isi rumah STR TERMISKIN mengikut data e-Kasih. Bantuan ini akan dibayar pada 17 Julai ini.
JUMLAH STR 2023
Bagi kategori yang layak, jumlah keseluruhan STR maksimum adalah sebanyak RM2,500.
Namun demikian,apabila jumlah berkenaan ditambah dengan bantuan tambahan RM600 tersebut, jumlah penuh bantuan adalah RM3,100 untuk penerima yang berkelayakan.
Bagi warga emas sebatang kara yang berusia 60 tahun ke atas,mereka akan menerima bantuan tambahan RM600 berkenaan. Tidak dilupakan, bujang dan bujang OKU turut bakal menerima bantuan keseluruhan berjumlah RM350.
KATEGORI LAYAK
Hanya layak kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 dalam golongan MISKIN TEGAR sahaja.
BANTUAN BERNILAI RM600 BUKAN BERBENTUK KEWANGAN
Penerima yang layak akan disalurkan dengan Bantuan Tambahan RM600 yang dibincangkan dan bantuan ini merupakan sebuah baucar barangan asas dan sumbangan bakul makanan.
Makluman penting, bantuan yanh telah dinyatakan ialah BUKAN bantuan berbentuk kewangan. Sekiranya memenuhi syarat, penerima layak mendapat kedua-dua jenis bantuan, bantuan kewangan sebanyak RM2,500 ditambah pula dengan sumbangan bakul makanan RM600.