Kini Dibenarkan Pengeluaran KWSP Bernilai RM3000

ADMIN PIAN
0

 Table of Content
  1. Pengeluaran KWSP FSA 2
  2. Jumlah Pengeluaran Simpanan Yang Layak
  3. Syarat Pengeluaran
  4. Cara Permohonan
  5. Pencarum KWSP 4 Juta Bakal Mendapat Manfaat


Khabar gembira buat lebih 4 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengeluarkan simpanan KWSP melalui program terbaharu iaitu Fasiliti Sokongan Akaun (FSA2).

FSA2 membolehkan pencarum membuat pengeluaran bermula RM3,00 sehingga RM50,000.

PENGELUARAN KWSP FSA 2

Pencarum KWSP menerima berita baik mengenai Pengeluaran KWSP yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang dilancarkan tetap secara bersyarat dalam bentuk pembiayaan. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam teks ucapannya di Dewan Negara memaklumka bertujuan untuk program berkenaan, fasiliti pembiayaab patuh Syariah juga disediakan oleh institusi-institusi perbankan dan program ini tidak melibatkan sebarang unsur riba.

JUMLAH PENGELUARAN SIMPANAN YANG LAYAK

Amaun pengeluaran yang dibenarkam berdasarkan simpanan di dalam Akaun 2 KWSP adalah seperti yang tertera:

SYARAT PENGELUARAN

Antara berbagai syarat yang ditetapkan oleh pihak KWSP adalah seperti berkenaan:
  • Terbuka kepada ahli yang belum mencapai usia 55 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Permohonan adalah sekali sahaja
  • Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
  • Amaun simpanan minimum RM3,000 di Akaun 2
  • Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan)

CARA PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui institusi perbankan yang terlibat.

LANGKAH 1

• Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian

LANGKAH 2

• Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portla institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan

LANGKAH 3 

• Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan.

PENCARUM KWSP 4 JUTA BAKAL MENDAPAT MANFAAT

Lebih daripada 4 juta ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang layak, akan mendapat manfaat daripada fasiliti tersebut. Dijangkakan kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan adalah di antara 4% hingga 5% setahun. Kadar ini difahamkan lebih rendah berbanding kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang dikenakan pada sekitar 8% hingga 15%.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)

Ad Code

Ad Space